RANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU BAGI KEMAHIRAN MEMBACA
SK TAHUN 3
BAHASA MELAYU BAGI KEMAHIRAN MEMBACA
SK TAHUN 3
Masa : 60 minit
Tahun : 3 Seroja
Tarikh : 24 Mei 2009
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Unit : 5.2
Aras : 1 dan 2
Situasi : Membaca teks bukan sastera dan sastera dengan sebutan dan intonasi
Tajuk : Cerita “Nasib si Bunga Matahari”.
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat
- Membaca teks dengan sebutan dan intonasi dengan betul.
- Membaca pantun dengan gaya penyampaian yang sesuai.
Hasil Pembelajaran
Fokus utama:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang
dibaca.
Aras 1
i. Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.
Aras 2
i. Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan,
intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
ii. Memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.
Fokus sampingan :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
i. Membunyikan suku kata terbuka
ii. Membaca ayat tunggal.
Sistem bahasa :
-sebutan
-intonasi (ayat penyata, ayat tanya)
Pengisian kurikulum:
- Ilmu (Pendidikan Moral)
- Nilai (Kesederhanaan )
- Kemahiran berfikir- Menciri, menghubungkait
- BCB- Kemahiran Mendengar dengan berkesan.
- Kecerdasan pelbagai- Kinestetik, Verbal linguistik, Interpersonal.
Langkah /masa | Isi pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Set induksi (5 minit) | Bersoal jawab Contoh soalan i. Apakah gambar yang awak lihat? ii. Apakah warna gambar yang awak lihat? iii. Apakah nama pokok bunga yang awak lihat? iv. Di antara kamu, siapakah yang menanam pokok bunga ini? | i. Murid meneliti gambar yang dipaparkan. ii. Murid menjawab soalan yang dikemukakan. | BBM- gambar bunga Kemahiran berfikir. |
Langkah 1 (15 minit) | Rakaman cd-rom cerita “Nasib Si Bunga Matahari.” | Murid melihat dan mendengar cerita “Nasib si Bunga Matahari.” Murid menyebut setiap ayat yang didengar secara latih tubi. (secara kumpulan). Murid menyebut ayat- ayat berdasarkan teks yang dipaparkan di skrin LCD. (secara individu) | BBM- CD-ROM cerita “Nasib Si Bunga Matahari.” |
Langkah 2 (10 minit) | Memberikan penjelasan tentang cerita “Nasib Si Bunga Matahari”. | Murid mendengar penjelasan daripada cerita “Nasib Si Bunga Matahari”. Menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Contoh soalan: i. Apakah nama watak utama dalam cerita ini? ii. Apakah nilai buruk yang ada di dalam diri Si Bunga matahari? iii. Apakah yang terjadi kepada si Bunga Matahari selepas hujan? | BBM- CD-ROM Penggabungjalinan Penyerapan nilai- nilai murni. |
Langkah 3 (15 minit) | Membaca pantun nasihat . | Murid- murid medengar dan membaca teks pantun dengan sebutan dan intonasi dengan betul. | BBM- CD-ROM |
Penutup (15 minit) | Refleksi terhadap pelajaran hari ini: Mengadakan pertandingan membaca pantun dengan gaya penyampaian yang betul. | Setiap murid mempersembahkan gaya penyampaian pantun di hadapan kelas. Murid yang mempersembahkan gaya persembahan terbaik akan mendapat hadiah. | BBM- teks pantun. Kecerdasan Pelbagai: -Verbal Linguistik -Interpersonal. - Verbal Linguist |
Baca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Indah sungguh bunga di taman,
Bunga ros, matahari dan kekwa,
Sungguh cantik rupamu tuan,
suatu hari kan pudar jua.
Cuaca gelap hari pun mendung,
Burung terbang tinggi di awan,
Kalau kita bersikap sombong,
hidup kita tiada kawan.
Asyik sungguh kumbang melihat,
Bunga- bunga sedan menari,
Kalau tidak mendengar nasihat,
pasti akan menyesal nanti.
BUNGA MATAHARI
BUNGA
ROS
BUNGA KEKWA
RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, SK tahun 1. Dawarna Sdn. Bhd., Selangor.
Mok Soon Sang (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor.
Nik Nor Ahmarizam Nik Ahmad (2008), Pelita Bahasa, Terima kasih Cikgu. Edisi Mei, Dewan Bahasa Dan Pustaka.Dawarna Sdn. Bhd., Selangor.
No comments:
Post a Comment